Khamis, 11 Januari 2018

HEMORRHOID (BUASIR)



HEMORRHOID (BUASIR)



Hemorrhoid atau dikenali sebagai buasir adalah salur darah yang membengkak pada usus bahagian bawah atau “anus”

PENGUBATAN DENGAN TANAMAN HERBA

(Rendam Duduk)



1.Daun Belimbing Buluh (averrahoa bilimbi)
-rebuskan daun belimbing buluh segar yang sudah dicincang dalam 8 liter air selama 10 minit dan gunakan air rebusan untuk duduk rendam.




2.Daun Petola (luffa acutangula linn)
-cuci dan cincangkan kira-kira 20 helai daun petola dan rebus dalam 8 liter air selama 10 minit dan gunakan air rebusan untuk duduk rendam.

(Tempelkan)



1.Akar, Buah Dan Biji Peria (momordica charantia l amargoso)
-cuci dan cincangkan akar, buah dan biji peria. Perahkan airnya dan campur dengan minyak. Gunakan sukatan ¼ cawan akar, buah dan biji yang dicincang tadi bersama 2 sudu makan minyak.
-basahkan kapas dengan campuran tersebut kemudian tempelkan pada hermoroid setelah mengadakan rendam duduk.


GIGITAN NYAMUK/MOSQUITO BITE



GIGITAN NYAMUK



Gigitan nyamuk yang diifeksi atau dijangkiti kuman, gigitan nyamuk boleh menyebabkan gatal-gatal, bengkak dan sakit.

PENGUBATAN DENGAN TANAMAN HERBA




1.Buah Dan Biji Nona Srikaya Mentah (anona squamosa l )
-tumbuk dan perah nona srikaya mentah, 1 buah.
-lumurkan sarinya pada gigitan nyamuk 3 kali sehari.




2.Daun Setawar (kalanchoe pinnata (lam) pers)
-tumbukan daun setawar dan perahkan 5-10 helai daunya.
-gosokan pada luka gigitan nyamuk 3 kali sehari.

GIGITAN ULAR/SNAKE BITES


GIGITAN ULAR



Gigitan ular mungkin beracun dan boleh membawa maut jika tidak diambil tindakan segera.

PENGUBATAN DENGAN TANAMAN HERBA




1.Daun Dan Batang Oleander (nerium oleander)
-tumbukan 10 helai daun dan setangkai rangtingnya.
-tempelkan pada luka yang terkena gigitan ular setelah darah dikeluarkan.



2.Kembang Keembung-Keembung (impatiens balsamina l)
-hancurkan 10 pucuk bunga.
-tempelkan pada luka setelah berdarah.

Rabu, 10 Januari 2018

GATAL PADA KULIT DAN ALERGI/ITCHY ON LEATHER AND ALLERGY


GATAL PADA KULIT DAN ALERGI



Alergi adalah kepekaan badan yang berlebih-lebih disebabkan oleh pendedahan alergen (zat penyebab alergi)

PENGUBATAN DENGAN TANAMAN HERBA



1.Daun Gladulus (glirida sepium (jacg.) steud)
-hancurkan atau cincang daun Gladulus muda dan perah untuk memperolehi sarinya dan sapukan sari pada kulit hingga penyakit gatah sembuh.

            

2.Getah Daun Dan Batang Kemboja (plumeria acuminate ait)
-perah getah atau sari dari daun dan batangnya. Campurkan dengan minyak kelapa.
-gosokan campuran itu pada kulit yang terserang 2 kali sehari

            

3.Daun Raja Kayu (cassia fistula l.)
-hancurkan daun raja kayu muda dan gosokan pada bahagian yang terserang hingga bebas dari gatal-gatal


GANGGUAN PENCERNAAN/INDIGESTION



GANGGUAN PENCERNAAN



Ganguan pencernaan adalah terhalangnya fungsi pencernaan atau kegagalan perut dalam mencerna makanan.

PENGUBATAN DENGAN TANAMAN HERBA


           

1.Betik Masak (carica papaya)
-makan sebagai pencuci mulut, terutamanya dengan makanan berat.
-betik juga menolong mencernaankan protein.


                
2.Daun Buah Nona Kapri (Anona reticulate linn)
-panaskan daun buah nona kapri pada api terbuka.
-lengkapkan daun tersebut pada bahagian perut semasa masih hangat. Gunakan kain pembalut perut gantikan setiap 2 jam  yang baik untuk anak-anak dan bayi.

Selasa, 9 Januari 2018

BAU BADAN/BODY ODOR



BAU BADAN



Berlakunya bau badan ini disebabkan berlakunya pengeluaran peluh yang tidak terhenti dan sebagainya.

PENGUBATAN DENGAN TANAMAN HERBA


             

1.Campuran Tawas Dengan Sari Limau Kasturi
-ambil sepotong tawas keras dan hancurkan dan campurkan dengan sari limau kasturi.
-sapukan pada ketiak setelah selesai mandi dan selebihnya sapukan pada badan

   
   

2.Deodoran Sirih Dan Limau Kasturi (piper beetle l. citrus microcarpa bunge)
-perah sari dari daun sirih  dan capurkan dengan sari limau kasturi.
-gunakan sebagai deodorant setiap kali selesai mandi dan sebelum tidur.

ASMA (TIRED)



ASMA (LELAH)




Asma adalah suatu penyakit saluran pernafasan. Punca-punca adalah perasaan sesak pada dada, nafas pendek, termegah-megah dan batuk-batuk.

PENGUBATAN DENGAN TANAMAN HERBA
          


1.Kulit Pokok Asam Jawa (tamarindus indica l.)
-cincang dan rebus sekerat kulit kayu selama 10 minit.

Sukatan:
Orang dewwasa : 1 cawan setiap hari selepas makan dan sebelum tidur.
Kanak-kanak : 1/2 cawan , 4 kali setiap hari selepas makan dan sebelum tidur.
Bayi : 2 sudu makan , 4 kali setiap hari selepas makan dan sebelum tidur.




2.Daun Dan Bunga Bayam Berduri (amaranthus spinosus l.)
-rebus 5 batang muda bayam berduri yang dicincang bersama bunga dan daun selama 10 minit.

Sukatan :
Orang dewwasa : 1 cawan sehari.
Kanak-kanak : 1/2 cawan , 4 kali sehari.
Bayi : 2 sudu makan , 4 kali sehari.

NOTE : PERAWATAN INI SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MENGELUARKAN LENDIR (KAHAK DAN HINGUS) YANG BERLEBIHAN.


ABSES DAN BISUL



ABSES DAN BISUL



Abses adalah gumpalan bernanah yang terkumpul dalam tisu badan. Bisul dan abses ditandai oleh rasa sakit, radang dan pembengkakan.

PENGUBATAN DENGAN TANAMAN HERBA



               
1.Demah Daun Remayong (basella rubra linn)
-hancurkan 2 keping daun remayong dan tempelkan sebagai demah, buat 2 kali sehari iaitu pagi dan petang.




2.Demah Daun Kembang Emas (tagetes erecta linn)
-hancurkan 3 keping daun dan 2 bunga.
-tempelkan sebagai demah, buat 2 kali sehari iaitu pagi dan petang.



3.Demah Daun Dan Bunga Raya (hibiscus rosa-sinensis linn)
-cincang 5 keping daun dan 2 bunga.
-lekatkan pada abses ataupun bisul, buat 2 kali sehari iaitu pagi dan petang.



4.Demah Daun Cepa (blumea balsamifera)
-cincang 5 keping daun.
-lekatkan pada abses ataupun bisul, buat 2 kali sehari iaitu pagi dan petang.

  

5.Demah Arang
-tumbuk arang hingga halus, kemudian basahkan dengan air dan bungkuskan dengan sapu tangan ataupun sehelai kain.
-lekatkan pada abses ataupun bisul, buat 2 kali sehari iaitu pagi dan petang.

DEMAM/FEVER



DEMAM/FEVER



Deman adalah suatu keadaan di mana suhu tubuh meningkat melebihi paras normal.

PENGUBATAN DENGAN TANAMAN HERBA

  

1.Cuka

-tuangkan 2 sudu makan cuka ke dalam 1 besen yang berisi air sejuk.
-gunakan ini untuk membuat kompres cuka pada dahi jika ais tidak tersedia.




2.Daun Belimbing Manis (averrhoa carambola l.)

-rebuskan 2 cawan daun belimbing manis dicincang dalam 2 liter air selam 10 minit  dan sejukan selama 2 jam.
-gunakan ini untuk membuat kompres sejuk jika ais tidak tersedia.


3. Daun Belimbing Buluh (averrahoa bilimbi)

-rebus 3 cawan daun segar dicincang dalam 4 liter air selama 15 minit.
-gunakan air rebusan ini untuk mandi gosok (sejuk mahupun hangat)